Wednesday, March 31, 2010

Info...



Tahukah Anda?
Setiap seekor harimau mempunyai belang yang
tidak sama jalurnya…tetapi…jumlah jarinya
tetap sama…kecuali cacat...
anak harimau: makk…
ibu harimau: ya sayang
anak harimau: knapa belang ayah banyak bersilang silang?(XXXXX)
ibu harimau: itu bukan belang nakkk…
anak harimau: abis tu apa mak?
ibu harimau: itu parut kena sebat…
dulu ayah kau kerja disarkas….


Tahukah Anda?
Badak air menghabiskan masa sepanjang hidupnya
didalam air,seperti ikan kecuali untuk makan…

tetapi INGAT!...badak air tidak boleh dipancing...

Perjalanan & Kisah Hidup Ku.....


Disinilah aku dilahirkan diHospital Teluk Intan, Perak
Tepat jam 6.00 pagi waktu Malaysia pada hari khamis bersamaan 01 March 1974 aku dilahirkan diHospital Besar Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.Dengan rasminya aku menjadi orang perak.Apo kabor YOP!!!..’KEJOR! YOP KEJOR!’..ok tak!?


Gambar aku berumur dalam 3 hingga 7 bulan.

-Gambar yang pertama tu semasa aku dengan mak&ayah ku dikedai gambar
Long Fong, Johor Bharu, Johor pada tahun 1974.Kedai tu mungkin dah tak da
lagi.Tuan kedai tu tak tahulah aku ada lagi ke tak…emmmm mungkin dah…..
Mungkin korang heran kenapa muka mak aku lain dari yang lain..hehehe….aku bukan
maksudkan mak aku ni ‘alien’..tapi maksud aku mak aku ni mukanya tak macam melayu…
Untuk pengetahuan korang mak aku ni asalnya orang cina sabah,…nenek sebelah
mak aku ni asalnya dari Filiphina dan atuk aku asal orang tempatan tawau sabah..
Dan sehingga sekarang atuk & nenek aku masih lagi beragama kristian..termasuk adik beradik
mak aku..maksudnya pakcik&makcik aku beragama kristian.Dan aku juga mempunyai sepupu
dan pakcikmakcik yang berbangsa cina, india & melayu….kerana ada makcik aku yang
berkahwin dengan orang india dan masuk agama hindu..Kesimpulanya setiap hari
perayaan kami akan berkumpul.

-Yang pegang aku tu pulak..ayah aku…bukan ayah orang lain tau!!..hensem tak? Hehehe..
ayah aku yang lelaki tu…yang perempuan tu mak aku….jangan silap pulak !!,Ayah aku ni
berasal dari Bagan Datoh Perak.Mengikut salasilah keluarga sebelah ayah aku…moyang aku
berasal dari aceh sumatera.Datang keTanah Melayu untuk berniaga dan dia adalah dikalangan
orang-orang yang telah membuka kampung diBagan Datoh.Entah-entah moyang aku ni dulu
kawan dengan Hang Tuah kot…harap-harap tidak...nanti tak pasal-pasal namaku Hang Anuar

-Gambar yang kedua tu aku semasa berumur 5 ½ bulan.Masa tu aku baru lepas neng..neng..tapi
tak tahulah…mak aku cakap masa tu aku baru bangun tidur...macam ada sesuatu je yang mak
aku sembunyikan…mungkin dia tak nak aku ceritakan dalam blog ni yang aku masa tu baru
lepas neng..neng..kot…makk..makk..Tapi yang aku tak puas hati…macamana benda kuning
tu ada kat sebelah aku masa tu…yang setahu aku..aku ni lelaki…ooo..mungkin anak jiran
sebelah rumah aku punya kot(sajeee nak sedapkan hati)…

-Gambar yang ketiga tuuu…astafirullah alazim…masyaallah..macamana aku boleh
ada kat atas tuuu…ni mesti kerja mak&ayah aku ni…tak pasal-pasal aku kena makan
dengan penyu tu nanti…masa ni aku kat singapore…tak tahu lah penyu tu ada lagi ke tidak
sekarang ni…dah balik kampung kot…masa ambil gambar tu aku berusia 9 bulan….

By :Anuar… part 1

Saturday, March 27, 2010

under construction...











testing jee...my blog still under construction....